Hari ini, Budak Kimia ada nak kongsi sesuatu mengenai satu eksperiment yang menarik juga dan sesuai dilakukan bersama keluarga terutamanya bersama kanak-kanak. Minggu Lepas, Budak Kimia ada tengok video cara membuat 'Homemade PlayDoh' dekat satu laman web ini dipanggil YouTube.
Cara pembuatannya sangat simple (macam buat biskut je) dan bahan-bahannya juga sangat senang untuk didapati. Oleh itu, Budak Kimia nak kongsikanlah cara untuk membuat PlayDoh anda sendiri dan boleh dibuat samada di rumah atau dimana-mana anda berada sekalipun.
Bahan yang diperlukan :-
- 3 cawan tepung gandum.
- 3/4 cawan garam halus.
- 6 sudu serbuk krim tartar (boleh dicari di kedai kek atau supermarket).
- 3 sudu minyak sayuran (terpulang pada anda minyak masak pun boleh jangan guna minyak petrol pulak sebab harga minyak naik bazir je!! 😅😅).
- 3 cawan air panas (hati-hati takut melecur anggota badan).
- Pelbagai aneka pewarna makanan yang ada.
Cara Penyediaannya :-
- Campurkan ke semua bahan iaitu tepung gandum, serbuk krim tartar, garam dan minyak ke dalam bekas. Gaulkannya sehingga sebati kesemua bahan.
- Panaskan air dan tuangkannya sedikit demi sedikit ke dalam bekas tadi dan sebatikan kesemua bahan tadi.
- Ulikan adunan tersebut sehingga adunan tersebut menjadi bentuk pepejal. (Buatlah diatas lapisan plastik ataupun boleh sapukan tepung dekat tangan untuk mengelakkan ia melekat).
- Biarkan adunan tersebut dalam keadaan sejuk.
- Bahan yang terakhir ialah letakkan pewarna makanan dan uli adunan tersebut sehingga warnanya kelihatan menarik. (Disarankan untuk memakai sarung tangan jika mahu kalau tidak pun bolehlah..)
- Maka jadilah playdough dan boleh digunakan untuk bermain.
Hasil pertama kali Budak Kimia punya PlayDoh (nasib menjadi first time.. Alhamdulillah) 🙌🙌 |
Antara kreativiti yang Budak Kimia boleh lakukan..HaHaHa!!!🤴🤣 |
Secaranya kimianya PlayDoh ini terhasil adalah disebabkan oleh fungsi tepung yang selalu digunakan terutamanya dalam bidang bakeri adalah sebagai agen penyerap cecair dari telur/air dan membentuk struktur yang kukuh. Serbuk krim tartar pula dihasilkan daripada asid tartarik dan menjadikan ia bersifat asid dan membantu mengeluarkan gas serta membantu adunan gebu dan ringan.
Air panas pula mengikat protein membentuk gluten dan mengikat kanji membentuk gelatin (tepung gandum) serta berfungsi sebagai pelarut dari bahan-bahan lain misalnya garam. Garam juga merupakan bahan pengawet kerana garam boleh membantu menyerap air atau lembapan air menyebabkan bacteria susah untuk membiak. Akhir sekali, minyak digunakan untuk melembut dan melincirkan glutin dalam tepung
Apa yang menarik dengan eksperimen pembuatan PlayDoh ini bagi Budak Kimia adalah dapat merapatkan hubungan sesama keluarga terutamanya hubungan antara ibu bapa dengan anak, guru dengan murid dan sebagainya.. 👪👪. Apa yang lagi menariknya adalah ianya dapat membangkitkan semangat keseronokkan dalam diri kita terutamanya anak-anak kecik. Oleh itu, bagi ibu bapa tu bolehlah jadikan eksperimen ini sebagai satu aktiviti masa lapang bersama anak-anak dan dapat tingkatkan daya kreatif anak-anak mencipta sesuatu dengan PlayDohnya itu.
Selamat Mencuba buat anda semua PlayDoh buatan sendiri. Kalau rasa-rasa nak makan PlayDoh tu makan la sebab ianya tidak mengandungi bahan kimia yang terlarang dan jangan menyesal pulak lepas makannya nanti.. 😀😊 (Jangan kata Budak Kimia tak larang).