Monday, 17 April 2017

SILAP MATA ASID & ALKALI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua warga pembaca blog BUDAK KIMIA..😃😃

Hari ini Budak Kimia nak buat satu eksperimen yang menarik dan mudah untuk dibuat samada di rumah, sekolah dan lain-lain. Bukan itu sahaja, eksperimen ini juga amat menarik untuk dipersembahkan juga dihadapan semua lapisan masyarakat terutamanya yang tua, muda. kanak-kanak dan sebagainya. Bahannya juga mudah untuk didapati di supermarket atau kedai runcit  yang terdekat malah boleh juga didapati di rumah cuma jangan habiskan bahan tersebut takut kena marah dengan mak pulak baru beli dekat pasar dah habis. HaHaHaHaHa..😂😂

Eksperimen hari ini Budak Kimia nak kongsikan kepada semua adalah Silap Mata Asid & Alkali atau kata nama lainnya adalah Silap Mata Air Magik.

Bahan yang diperlukan adalah:-

Kubis ungu, air, cuka, jus lemon, air berkarbonate (sprite), peluntur, serbuk penaik, air sabun, air gula, cawan, penapis dan sudu.

 Cara penyediaannya:-

1. Potong kubis ungu kepada bentuk kecil.


2. Masukkan kubis ungu yang dipotong dan air panas ke dalam bekas dan rendamkannya selama 20-30 minit sehingga warna pada kubis luntur. (Anda juga boleh kisarkan kubis ungu dengan air panas sehingga halus)


3. Tapiskan kubis ungu yang direndamkan dengan air panas tadi menggunakan penapis.


4. Maka terhasil penunjuk universal (air kubis ungu) dan sedia untuk memulakan persembahan magik anda. (Jika terlalu pekat air rendaman itu tambahkan lagi air)


5. Tuangkan setiap bahan yang disediakan seperti cuka dan sebagainya ke dalam setiap bekas dan tuangkan air rendaman yang telah dibuat. Perhatikan perubahan warna yang berlaku seperti magik punya.


Budak Kimia nak jelaskan macam mana perubahan warna ini boleh berlaku. Hal ini disebabkan oleh Kubis ungu mengandungi molekul pigmen kalau dipanggil secara sintifik iaitu Flavin (antosianin). Pigmen ini boleh menentukan pH bagi sesuatu bahan samada bahan tersebut asid atau alkali dan kuat atau lemah bagi asid dan alkali tersebut. Pigmen ini juga boleh dijumpai dalam kulit epel, buah plum, bunga cornflower dan anggur. 


Tambahan pula, setiap bahan yang terdapat di rumah kita seperti cuka dan sebagainya mempunyai ciri-ciri yg tersendiri samada ianya asid atau alkali. Setiap bahan tersebut juga mempunyai nilai pH mereka yang tersendiri sebagai contoh jika bahan itu nilai pH 7 maka ia Neutral tetapi jika nilai pHnya kurang dari 7 (>7) maka ia adalah asid dan nilai pH lebih dari 7 (<7) pula ia merupakan alkali. 

Dibawah ini budak kimia ada sertakan warna bagi setiap nilai pH untuk eksperimen ini.



Budak Kimia nak ucapkan Selamat Mencuba untuk persembahan Silap Mata Air Magik ini  💪💪
 dan Budak Kimia nak pesan Jangan pulak diminum bahan yang digunakan selepas buat eksperiment ini. Takut lari lintang-pukang cari tandas nanti. HaHaHaHa!!! 😄😄 . Selepas itu, pengawasan orang dewasa juga diperlukan terutamanya apabila mengendalikan air panas takut melecur pulak kena pergi hospital. Tak pasal-pasal duduk hospitallah ceritanya..🛏🏥

Budak Kimia ada sediakan satu video juga mengenai cara mengendalikan ekperimen ini.


7 comments:

  1. Wah boleh x cikgubtolong buat kat kelas nnti silap mata ni

    ReplyDelete
  2. wah...nak cba nak cba..cam best jer

    ReplyDelete
  3. Wow macam seronok je. Nanti bolehlah buat lagi demo ni

    ReplyDelete
  4. thank info cg amat berguna.. sya mintak izin nak copy tauu

    ReplyDelete
  5. apa kesimpulan dari eksperimen ini?

    ReplyDelete
  6. Selain kubis ungu ada lagi ke bahan lain yang boleh digunakan?

    ReplyDelete

JOM MAIN PLAYDOH.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog Budak Kimia.. 😃😃 Hari ini, Budak Kimia ada nak kongsi sesuatu mengenai satu ek...