Monday, 17 April 2017

JOM MAIN PLAYDOH.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog Budak Kimia.. 😃😃

Hari ini, Budak Kimia ada nak kongsi sesuatu mengenai satu eksperiment yang menarik juga dan sesuai dilakukan bersama keluarga terutamanya bersama kanak-kanak. Minggu Lepas, Budak Kimia ada tengok video cara membuat 'Homemade PlayDoh' dekat satu laman web ini dipanggil YouTube.

Cara pembuatannya sangat simple (macam buat biskut je) dan bahan-bahannya juga sangat senang untuk didapati. Oleh itu, Budak Kimia nak kongsikanlah cara untuk membuat PlayDoh anda sendiri dan boleh dibuat samada di rumah atau dimana-mana anda berada sekalipun.

Bahan yang diperlukan :-

  • 3 cawan tepung gandum. 
  • 3/4 cawan garam halus.
  • 6 sudu serbuk krim tartar  (boleh dicari di kedai kek atau supermarket).
  • 3 sudu minyak sayuran (terpulang pada anda minyak masak pun boleh jangan guna minyak petrol pulak sebab harga minyak naik bazir je!! 😅😅).
  • 3 cawan air panas (hati-hati takut melecur anggota badan).
  • Pelbagai aneka pewarna makanan yang ada.

Cara Penyediaannya :-
  1. Campurkan ke semua bahan iaitu tepung gandum, serbuk krim tartar, garam dan minyak ke dalam bekas. Gaulkannya sehingga sebati kesemua bahan.
  2. Panaskan air dan tuangkannya sedikit demi sedikit ke dalam bekas tadi dan sebatikan kesemua bahan tadi.
  3. Ulikan adunan tersebut sehingga adunan tersebut menjadi bentuk pepejal. (Buatlah diatas lapisan plastik ataupun boleh sapukan tepung dekat tangan untuk mengelakkan ia melekat).
  4. Biarkan adunan tersebut dalam keadaan sejuk.
  5. Bahan yang terakhir ialah letakkan pewarna makanan dan uli adunan tersebut sehingga warnanya kelihatan menarik. (Disarankan untuk memakai sarung tangan jika mahu kalau tidak pun bolehlah..) 
  6. Maka jadilah playdough dan boleh digunakan untuk bermain.
Hasil pertama kali Budak Kimia punya PlayDoh (nasib menjadi first time.. Alhamdulillah) 🙌🙌

Antara kreativiti yang Budak Kimia boleh lakukan..HaHaHa!!!🤴🤣



Secaranya kimianya PlayDoh ini terhasil adalah disebabkan oleh fungsi tepung yang selalu digunakan terutamanya dalam bidang bakeri adalah sebagai agen penyerap cecair dari telur/air dan membentuk struktur yang kukuh. Serbuk krim tartar pula dihasilkan daripada asid tartarik dan menjadikan ia bersifat asid dan membantu mengeluarkan gas serta membantu adunan gebu dan ringan.

Air panas pula mengikat protein membentuk gluten dan mengikat kanji membentuk gelatin (tepung gandum) serta berfungsi sebagai pelarut dari bahan-bahan lain misalnya garam. Garam juga merupakan bahan pengawet kerana garam boleh membantu menyerap air atau lembapan air menyebabkan bacteria susah untuk membiak. Akhir sekali, minyak digunakan untuk melembut dan melincirkan glutin dalam tepung

Apa yang menarik dengan eksperimen pembuatan PlayDoh ini bagi Budak Kimia adalah  dapat merapatkan hubungan sesama keluarga terutamanya hubungan antara ibu bapa dengan anak, guru dengan murid dan sebagainya.. 👪👪. Apa yang lagi menariknya adalah ianya dapat membangkitkan semangat keseronokkan dalam diri kita terutamanya anak-anak kecik. Oleh itu, bagi ibu bapa tu bolehlah jadikan eksperimen ini sebagai satu aktiviti masa lapang bersama anak-anak dan dapat tingkatkan daya kreatif anak-anak mencipta sesuatu dengan PlayDohnya itu.

Selamat Mencuba buat anda semua PlayDoh buatan sendiri. Kalau rasa-rasa nak makan PlayDoh tu makan la sebab ianya tidak mengandungi bahan kimia yang terlarang dan jangan menyesal pulak lepas makannya nanti.. 😀😊 (Jangan kata Budak Kimia tak larang).

TELUR TOINK! TOINK!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda yang membaca blog Budak Kimia.. 😃😃

Hari ni Budak Kimia nak kongsikan satu eksperimen yang menarik dan mudah untuk dibuat kat rumah. Sebelum ini, Budak Kimia nak tanya, Kalau Kita campak telur kita kat lantai apa yang akan terjadi? Mestilah pecahkan tak pasal2 kena la mop lantai nak bersihkan telur yang pecah itu.

Jadi Budak Kimia nak buat satu eksperiment yang dipanggil sebagai Telur Getah atau bahasa orang putih panggil 'Rubber Egg'. Bahannya pun amat mudah untuk didapati dan kosnya sangat murah. Oleh itu, jom la baca macam mana nak buat Telur Getah ini.. 🙋🙋

Diply GIF - Find & Share on GIPHY

Bahan yang Diperlukan :-

Telur Mentah (Tak kisah la telur apa pun).
Secawan Cuka.
Bekas Kosong.

Cara untuk Menyediakannya:-

Pertama, ambil telur mentah yang ada dan letakkannya ke dalam bekas kosong.


Rendamkan telur tersebut dengan air cuka selama 2 hari (48 jam). (Lebihkan paras air cuka lebih dari telur ).


Keluarkan telur dari air cuka dan bersihkan telur tersebut. Lepas tu, cuba jatuhkan telur tersebut mesti ia akan melantun.


Cuka, atau asid asetik, 'memakan' kalsium karbonat dalam kulit telur, dan hanya meninggalkan membran dalaman, atau kulit telur di belakang. Kalsium karbonat bertanggungjawab untuk membuat kulit telur keras, cuka direndam telur terasa lembut dan bergetah.

Apabila kalsium karbonat (kulit telur) dan asid asetik (cuka) bergabung, tindak balas kimia pun berlaku dan gas karbon dioksida dilepaskan. Itulah sebabnya anda melihat buih.

Tindak balas kimia terus berlaku selama kira-kira sehari sehingga semua kalsium karbonat dalam telur habis. Kalsium karbonat pada kulit telur, kerang, batu kapur, dan banyak bahan-bahan lain.

Mari kita lihat lebih dekat pada tindak balas kimia. Formula kalsium karbonat adalah CaCO3 dan asid asetik adalah CH2COOH.

 Tindak balas yang berlaku:
 CaCO3 + CH2COOH -> Ca2+ (dalam bentuk garam) + H2O + 2CO2.

Ion kalsium (Ca2+) terapung percuma dalam penyelesaian. Ion adalah atom atau molekul yang mempunyai cas elektrik disebabkan oleh kerugian atau keuntungan elektron.

Selamat Mencuba semua eksperimen ini. Diharapkan telur yang anda buat boleh melantun TOINK! TOINK! Amaran jangan la campak telur itu kat kawan atau sesiapa pun kesian nanti kena mandi balik. Kalo rasa nak masak telur tu pun selamat mencuba kalo sakit perut Budak Kimia tak bertanggungjawab tau!! TOINK!TOINK!



SILAP MATA ASID & ALKALI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua warga pembaca blog BUDAK KIMIA..😃😃

Hari ini Budak Kimia nak buat satu eksperimen yang menarik dan mudah untuk dibuat samada di rumah, sekolah dan lain-lain. Bukan itu sahaja, eksperimen ini juga amat menarik untuk dipersembahkan juga dihadapan semua lapisan masyarakat terutamanya yang tua, muda. kanak-kanak dan sebagainya. Bahannya juga mudah untuk didapati di supermarket atau kedai runcit  yang terdekat malah boleh juga didapati di rumah cuma jangan habiskan bahan tersebut takut kena marah dengan mak pulak baru beli dekat pasar dah habis. HaHaHaHaHa..😂😂

Eksperimen hari ini Budak Kimia nak kongsikan kepada semua adalah Silap Mata Asid & Alkali atau kata nama lainnya adalah Silap Mata Air Magik.

Bahan yang diperlukan adalah:-

Kubis ungu, air, cuka, jus lemon, air berkarbonate (sprite), peluntur, serbuk penaik, air sabun, air gula, cawan, penapis dan sudu.

 Cara penyediaannya:-

1. Potong kubis ungu kepada bentuk kecil.


2. Masukkan kubis ungu yang dipotong dan air panas ke dalam bekas dan rendamkannya selama 20-30 minit sehingga warna pada kubis luntur. (Anda juga boleh kisarkan kubis ungu dengan air panas sehingga halus)


3. Tapiskan kubis ungu yang direndamkan dengan air panas tadi menggunakan penapis.


4. Maka terhasil penunjuk universal (air kubis ungu) dan sedia untuk memulakan persembahan magik anda. (Jika terlalu pekat air rendaman itu tambahkan lagi air)


5. Tuangkan setiap bahan yang disediakan seperti cuka dan sebagainya ke dalam setiap bekas dan tuangkan air rendaman yang telah dibuat. Perhatikan perubahan warna yang berlaku seperti magik punya.


Budak Kimia nak jelaskan macam mana perubahan warna ini boleh berlaku. Hal ini disebabkan oleh Kubis ungu mengandungi molekul pigmen kalau dipanggil secara sintifik iaitu Flavin (antosianin). Pigmen ini boleh menentukan pH bagi sesuatu bahan samada bahan tersebut asid atau alkali dan kuat atau lemah bagi asid dan alkali tersebut. Pigmen ini juga boleh dijumpai dalam kulit epel, buah plum, bunga cornflower dan anggur. 


Tambahan pula, setiap bahan yang terdapat di rumah kita seperti cuka dan sebagainya mempunyai ciri-ciri yg tersendiri samada ianya asid atau alkali. Setiap bahan tersebut juga mempunyai nilai pH mereka yang tersendiri sebagai contoh jika bahan itu nilai pH 7 maka ia Neutral tetapi jika nilai pHnya kurang dari 7 (>7) maka ia adalah asid dan nilai pH lebih dari 7 (<7) pula ia merupakan alkali. 

Dibawah ini budak kimia ada sertakan warna bagi setiap nilai pH untuk eksperimen ini.



Budak Kimia nak ucapkan Selamat Mencuba untuk persembahan Silap Mata Air Magik ini  💪💪
 dan Budak Kimia nak pesan Jangan pulak diminum bahan yang digunakan selepas buat eksperiment ini. Takut lari lintang-pukang cari tandas nanti. HaHaHaHa!!! 😄😄 . Selepas itu, pengawasan orang dewasa juga diperlukan terutamanya apabila mengendalikan air panas takut melecur pulak kena pergi hospital. Tak pasal-pasal duduk hospitallah ceritanya..🛏🏥

Budak Kimia ada sediakan satu video juga mengenai cara mengendalikan ekperimen ini.


JOM MAIN PLAYDOH.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog Budak Kimia.. 😃😃 Hari ini, Budak Kimia ada nak kongsi sesuatu mengenai satu ek...